Thursday, July 23, 2009
Perkampungan Look Ibah Semporna
Pemandangan Perkampungan Look Ibah Semporna ketika air laut surut. Jaraknya dari Pekan Semporna dalam 10 minit perjalanan jika menaiki bot. Manakala jika nak ge pekan Semporna menaiki bas kena jalan kaki 1st ke pondok bas tepi jalan. Than naik bas dengan tambang RM2.00 ke Jeti Balimbang. Than dari jeti Balimbang kena naik bot lah pula dengan tambang RM1.00 barulah sampai ke pekan Semporna.
Pulau Bum - Bum Semporna
Bot berenjin Sangkut dah sebati dengan kehidupan masyarakat di pulau bum - bum semporna. Bagi penduduk yang tinggal di tepi pantai pulau bum - bum mereka mengunakan bot ini untuk ke pekan semporna. Tambang biasanya bergantung pada jarak sesebuah kampung. Antara kampung2 yang terlibat seperti Kg Terusan Tengah, Kg Terusan baru, Kg samal - Samal, Kg hayang, Kampung Balimbang, Kg Labuan Haji dan Kg Look Ibah. Perkhidmatan bas tambang turut disediakan.
Wednesday, July 22, 2009
Nag Islam @ Berkhatan
Gambar ini menunjukkan 4 kanak2 lelaki yang baru sahaja selesai berkhatan atau 'Nag Islam' bagi masyarakat Tausug di Kampung look Ibah salah satu perkampungan di Pulau Bum - Bum Semporna.
Berkhatan bagi masyarakat Tausug adalah diwajibkan bagi kanak2 lelaki yang dah meningkat usia. Menurut kepercayaan Tausug, apabila berakhirnya proses berkhatan. Maka menandahkan kanak2 lelaki itu dah 'Subul' ( bermulanya zaman bujang )
Perkahwinan Tausug
Persandingan antara Rojil yang Maznah. Pengantin lelaki ni dari Pulau Mabul dan wanita ni pula dari Kampung Look Ibah. Mereka bersanding di Pulau Mabul bagi pihak lelaki manakala pada semalam mereka bersanding di Kampung Look Ibah sebelah pihak wanita.
Time pengantin wanita disolek dalam bilik
Gambar ini kenangan perkahwinan anak Jaradil salah seorang penduduk Kampung Look Ibah semporna. Pengantin lelaki ini telah meninggal dunia pada May 2009.
Time pengantin wanita disolek dalam bilik
Gambar ini kenangan perkahwinan anak Jaradil salah seorang penduduk Kampung Look Ibah semporna. Pengantin lelaki ini telah meninggal dunia pada May 2009.
Seperti masyarakat lain. Masyarakat Tausug juga tidak terkecuali daripada meraikan upacara persandingan bagi pasangan yang berkahwin. Masyarakat tausug dan bajau di semporna mempunyai banyak persamaan. Salah satunya dalam hal perkahwinan. Pada sebelah siangmajlis akad nikah dilakukan dan pada sebelah malamnya pula majlis persandingan diadakan. Time ni lah upacara - upacara seperti penyampaian hadiah kepada kedua mempelai diberikan. Nyanyian dan tari - menari turut dipersembahkan. Biasanya kedua - dua pengantin akan menari ataupun menyanyi. Seperti biasa tarian igal - igal ataupun penggalai yang begitu popular dikalangan Masyarakat Tausug dan Bajau akan dipersembahkan.
Friday, July 17, 2009
PAMAKAI SIN TAUSUG
ANAK TAUSUG
SIBANGKAT
Subscribe to:
Posts (Atom)